'MyBayar Saman' kutip RM90 juta

oleh SALINA JALIL|
Portal dan aplikasi web MyBayar Saman telah berjaya mengutip hampir RM90 juta dalam pembayaran saman yang tertunggak dan aplikasi ini akan diperbaiki lagi untuk meningkatkan kecekapan kutipan pembayaran kompaun saman, kata Pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) tersebut berkata bahawa terdapat 814,622 saman lalu lintas berjumlah RM89.02 juta telah dijelaskan sejak pelancaran MyBayar Saman pada 25 Mac lalu.


"Para pengguna memanfaatkan tawaran diskaun 50 peratus untuk menjelaskan saman melalui MyBayar Saman, yang berakhir pada hari Khamis lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pada hari terakhir sahaja, sebanyak 38,306 saman berjumlah RM4.2 juta telah dijelaskan," katanya semalam. Aplikasi dan portal laman web MyBayar Saman juga telah mendaftar seramai 814,622 pengguna.
.

"Respons terhadap perkhidmatan ini, yang dibangunkan oleh JSPT, sangat memberasangkan.


“Kami juga telah mengenal pasti beberapa aspek kekurangan aplikasi tersebut yang perlu ditingkatkan untuk memudahkan pembayaran kompaun saman.


"Antaranya adalah untuk pendaftaran syarikat dan bukan warganegara serta had pembayaran individu," kata DCP Azisman.


"Orang ramai akan dimaklumkan kelak tentang peningkatan pada laman web dan aplikasi.


"Kami menyedari beberapa kekurangan terjadi kerana ini merupakan aplikasi dan portal web pertama pihak kami.


"Kami juga menerima 6,083 aduan e-mel yang kami sedang kaji dan kami akan menambah baik dari semasa ke semasa,” katanya lagi.


Tawaran diskaun pembayaran saman sehingga 50 peratus telah bermula pada 25 Mac dan sepatutnya berakhir pada 11 April tetapi dilanjutkan hingga 15 April lalu.


DCP Azisman berkata lanjutan empat hari itu dibuat kerana sambutan orang ramai yang mengalakkan.


Semasa pelancaran MyBayar Saman, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, aplikasi itu dibuat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan polis kepada orang ramai.

 

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kutipan kompaun saman ini sudah melepasi RM50 juta pada hari ke-14 sejak aplikasi ini…
Berita Domestik
  Azisman berkata, 366,728 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.   "…
Informasi
  Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-…