MyCC gugur tuduhan pada industri insurans

oleh HEZERI SAMSURI|
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menggugurkan semua pertuduhan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bertarikh 14 September 2020.

MyCC juga menggugurkan penalti berjumlah RM173,655,300 yang dikenakan sekali dengan pertuduhan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 di mana PIAM dan Persatuan Persekutuan Pemilik-Pemilik Bengkel Automotif Malaysia bersepakat untuk meletakan harga upah minimum dan harga alatganti untuk enam jenama kenderaan lazim - Proton, Perodua, Naza, Nissan, Toyota dan Honda.

Pengguguran tuduhan itu membuktikan bahawa PIAM dan syarikat-syarikat insurans tidak mengenakan harga tetap atau mewujudkan satu kartel.

Menurut kenyataan akhbar PIAM, persefahaman tentang kos upah dan harga alatganti itu sebenarnya dilakukan untuk mewujudkan standard harga dan kualiti bengkel, malah ia turut dibantu oleh Bank Negara Malaysia dengan objektif untuk menjaga kepentingan pengguna.

PIAM mengucapkan terima kasih kepada Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) untuk usahanya dalam mengkaji kes tersebut dan mendengar keterangan dari pihak industri insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…