MyEVOC seru pendekatan yang lebih menyeluruh untuk pemilik EV

oleh Mohamad Hanif|
Kita ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia untuk mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai satu cara untuk mengurangkan lagi kesan pencemaran terhadap alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, beberapa perkara dilihat menjadi penghalang besar ke atas niat murni tersebut, seperti masalah kekurangan stesen pengecasan di kawasan umum, serta di tempat kediaman. 

Sehubungan dengan itu, Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC) mahukan tindakan dan pendekatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan hak mereka sebagai pengguna kenderaan elektrik juga turut terpelihara. 
 


Menurut Presiden MyEVOC, Datuk Shahrol Halmi dalam satu surat rasmi yang dihantar kepada MARii mahukan kerajaan untuk memfokuskan dan mengkaji segala permasalahan dan halangan untuk mendapatkan fasiliti pengecasan, terutama bagi pemili kediaman pangsapuri dan hartanah berstrata. 

Secara dasarnya, MyEVOC menyambut baik pengumuman NAP 2020 yang dibuat baru-baru ini dan mahu lebih proaktif membantu kerajaan dalam mencapai objektif polisi automotif tersebut.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Beliau menyuarakan pendapatnya itu ketika sesi dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19…
Berita Domestik
Menurut presidennya, Datuk Shahrol Halmi, MyEVOC merasakan untuk Malaysia mampu mencapai sasaran…