MyPLUS-TTA dilancarkan secara rasmi, bantu pengguna rancang perjalanan dengan lebih berkesan

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan aplikasi digital MyPLUS-TTA dalam satu acara yang turut sama dihadiri oleh Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan pada musim-musim perayaan sebelum ini, bertujuan untuk membantu mengurangkan risiko kesesakan dan meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna.

Menteri Kerja Raya dalam ucapannya berkata, “Inisiatif MyPLUS-TTA ini menunjukkan kepentingan integrasi teknologi dalam pengurusan lebuh raya negara.

“Ia bukan sekadar akan memanfaatkan pengguna-pengguna lebuh raya, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian infrastruktur lebuh raya negara dengan mengagihkan trafik pada musim perayaan, meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna dan mengurangkan risiko kesesakan.
 

mytta


Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “MyPLUS-TTA merupakan salah satu inisiatif di bawah rangka strategi jangka panjang PLUS ke arah Lebuh Raya Pintar.”

Ujarnya lagi, MyPLUS-TTA boleh diakses menerusi aplikasi PLUS yang berperanan untuk mengubah cara pengguna lebuh raya berinteraksi dengan perjalanan mereka, dengan menggunakan data dan trend perjalanan pada musim perayaan terdahulu.

“Pengurusan trafik yang lebih cekap menerusi aplikasi MyPLUS-TTA ini mampu mengurangkan pencemaran udara, selaras dengan komitmen kelestarian PLUS serta mendokong Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2030.
 

tta


Dalam majilis tersebut, Menteri Kerja Raya turut mengumumkan MyPLUS-TTA akan diintegrasikan ke dalam aplikasi MyJalan dii bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

“KKR bercadang untuk mengintegrasikan MyPLUS-TTA dalam aplikasi MyJalan pada setiap musim perayaan akan datang. Ia bagi memudahkan rakyat untuk mengakses serta merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap, serta membolehkan MyJalan memainkan peranannya sebagai one-stop centre.

MyPLUS-TTA boleh diakses secara terus menerusi aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tersedia untuk peranti Apple iOS dan Android, aplikasi HondaTouch ini menawarkan ciri seperti…