myTukar bakal buka 25 pusat pameran di seluruh negara

oleh Mohamad Hanif|
myTukar merancang untuk mengembangkan lagi operasi mereka di seluruh negara dengan membuka hampir 25 buah pusat pameran dan pusat pengalaman runcit sebagai pelengkap kepada platform digital sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya pusat pameran fizikal, ia mampu memberikan alternatif kepada pelanggan untuk membeli dan menjual, selain memberikan pengalaman pembelian yang lebih lancar.

Outlet baharu yang bakal dibuka kelak akan menampilkan pusat pameran, serta khidmat selepas jualan seperti servis dan penyelenggaraan.
 

myTukar


Antara lokasi yang disasarkan termasuklah Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor, Seremban dan banyak lagi.

Menurut Derrick Eng, CEO myTukar berkata, "menerusi pengembangan ini, kami berharap dapat menjadikan myTukar sebagai satu jenama komuniti dan platform yang merancakkan lagi pertumbuhan industri kenderaan terpakai.

Pada ketika ini, myTukar menyaksikan peningkatan sebanyak 15-20 peratus angka jualan kenderaa terpakai dan ia dijangka akan berkembang dengan pesat sepanjang tahun 2022.

Perkembangan ini adalah disebabkan oleh masalah kekurangan cip semikonduktor di peringkat global yang memberikan kesan kepada produksi kenderaan baharu, serta harga jualan kenderaan baharu yang masih lagi tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…