myTukar - boleh pulangkan kereta jika tak puas hati

oleh HEZERI SAMSURI|
Cara pembelian kenderaan terpakai sebenarnya sudah mula berubah.

Jika dahulu, ramai yang merasa tertipu kerana setelah membayar, kenderaan terpakai yang dibeli rupa-rupanya mempunyai kerosakan besar dan perlukan modal yang tinggi untuk dibaiki.

myTukar contohnya mempunyai lima sebab utama yang anda perlu timbangkan bila anda hendak membeli kenderaan terpakai.

1. Simpan atau pulangkan
Anda mempunyai tempoh lima hari untuk simpan terus kenderaan yang dibeli atau pulangkan jika mempunyai alasan yang munasabah

2. Sijil pemeriksaan myTukar
Bila myTukar membeli kenderaan terpakai, setiap kenderaan itu akan melalui pemeriksaan 123-point untuk memastikan ia tidak mempunyai kerosakan teruk dan kenderaan itu selamat untuk anda dan keluarga anda.

3. Waranti 1-tahun percuma
Jika anda membeli kenderaan terpakai dari myTukar, anda akan dapat waranti lanjutan selama setahun secara percuma.

4. Skim pinjaman dipermudahkan
Cara membeli dengan myTukar juga mudah kerana ia akan membantu memilih kenderaan mana yang kita mampu dengan jumlah bayaran bulanan pilihan kita.

5. Nilai "trade-in" cepat
Jika kita mahu membuat "trade-in" untuk kenderaan terpakai yang dibeli, myTukar mampu memberikan nilai yang maksimum dalam masa paling singkat.

 

 

Sebenarnya, cara urusniaga seperti myTukar ini bukan perkara baharu kerana ia sudah beroperasi di kebanyakan negara-negara maju.

myTukar sendiri sudah menjual kenderaan dengan nilai keseluruhan lebih dari RM1 billion dan sebanyak 40,000  kenderaan sudah diurusniaga dengan paltform myTukar.

Dengan wujudnya lebih dari 2,200 pengedar kenderaan terpakai di seluruh negara, pilihan untuk kenderaan terpakai lebih meluas dan permintaan untuk kenderaan yang anda mahu jual juga lebih banyak.

Paling penting, penulis baharu sahaja menjual kenderaan Kia Grand Carnival melalui platform myTukar dan ia adalah pengalaman menjual kenderaan paling mudah, paling profesional dan paling berkesan sekarang ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bertemakan perayaan, filem pertama myTukar yang bertajuk ‘Dipandu Rindu’ itu menonjolkan…
Berita Domestik
Tawaran dari myTukar itu sememangnya satu peluang yang harus direbut oleh mereka yang ingin mencari…
Berita Domestik
Dengan 100% ketelusan, maklumat terperinci dan pemeriksaan standard, pensijilan ini adalah janji…