myTukar buka cawangan keempat di Johor Bahru

oleh Mohamad Hanif|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Portal dalam talian terkenal menjual kereta terpakai, myTukar telah melancarkan pembukaan cawangan baharu yang terletak di Johor Bahru. 

Secara keseluruhannya, ia merupakan cawangan keempat di Malaysia selepas ibu pejabat Glenmarie, Cheras dan juga Puchong, manakala cawangan kelima pula bakal dibuka di Selayang menjelang suku ketiga 2019.

Beroperasi sejak 3 Mei yang lalu, pusat myTukar JB ini memberikan perkhidmatan dari pukul 9.30 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari. 

Dengan keluasan sekitar 10,000 kaki persegi, pusat myTukar JB mempunyai kelengkapan terkini bagi memberikan pemeriksaan kenderaan secara percuma, dan mampu memuatkan beberapa buah kenderaan secara serentak pada satu-satu masa. 
 


Bagi keselesaan pelanggan, terdapat ruang menunggu yang dilengkapi dengan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma. 

Menurut Fong Hon Sum, CEO myTukar berkata, "pelancaran myTukar JB merupakan satu lagi pencapaian buat myTukar, dan kami berazam untuk menjadi sebuah platform jualan dan bidaan kenderaan dalam talian paling dipercayai."

Majlis perasmian myTukar Jb turut dihadiri oleh duta rasmi myTukar merangkap atlit permotoran Malaysia, Leona Chin serta ahli majlis tertinggi myTukar. 

Fasiliti myTukar JB terletak di 1L Jalan Temenggong, Lot 1604 Batu 5 off Jalan Tebrau, Johor Bahru dan boleh dihubungi menerusi talian 03-5569 0999

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Filem pendek berdurasi 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) itu telah…
Berita Domestik
Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…