myTukar CNY AutoFair menawarkan ganjaran sehingga RM168,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Syarikat kereta terpakai digital terkenal, myTukar kembali dengan acara AutoFair edisi keempat yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Januari dari jam 9 pagi hingga 8 malam bertempat di Puchong South sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Pada acara AutoFair keempat syarikat myTukar, mereka akan menawarkan ganjaran sebanyak RM168,888 untuk para pelanggan bersama tawaran diskaun sehingga RM16,000.

myTukar juga menawarkan kadar faedah tahunan serendah 3.0% untuk semua kereta dengan "myTukar Certified" sempena AutoFair tersebut.

Selain itu, para pengunjung turut berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM77,000 menerusi peraduan Putar & Menang.

 

2

 

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng berkata, “Sebagai salah sebuah ekosistem kereta terpakai yang terkemuka di Malaysia, kami berbangga dengan keupayaan kami untuk membekalkan perkhidmatan komprehensif sepanjang kitar hayat pemilikan sebuah kereta."

"CNY AutoFair ini bermatlamat bukan sahaja untuk menjana nilai tambahan kepada para pelanggan, tapi juga berfungsi sebagai pendekatan untuk kami berinteraksi dengan seramai individu yang mungkin secara peribadi, dan memastikan setiap pelanggan kami berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan ditawarkan.”

Untuk mereka yang berminat untuk mencari kereta terpakai sempena musim perayaan ini, anda boleh layari laman sesawang myTukar untuk sebarang maklumat lanjut mengenai CNY AutoFair anjuran myTukar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tawaran dari myTukar itu sememangnya satu peluang yang harus direbut oleh mereka yang ingin mencari…
Berita Domestik
Dengan 100% ketelusan, maklumat terperinci dan pemeriksaan standard, pensijilan ini adalah janji…
Berita Domestik
Selepas mendapat mendapat sambutan menggalakkan, myTukar akan terus menawarkan ganjaran pulangan…