myTukar, Genie Malaysia capai gabungan pertumbuhan pendapatan sebanyak 85%

oleh Penyumbang Rencana|
Ekosistem digital kereta terpakai Malaysia yang paling pesat membangun, myTukar dan Genie Malaysia, telah mencatatkan pertumbuhan mampan yang sangat kukuh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat penjual kereta terpakai itu menyambut ulang tahunnya yang kelima, bermula dengan pejabat kecil bertempat di Glenmarie pada 2018, syarikat itu kini berjaya menjadi penjual kereta terpakai dalam talian terkemuka dibawah sistem operasi yang kukuh untuk semua 33 cawangannya di seluruh negara, dilengkapi dengan 2 pusat membaik pulih kereta dan 5 bengkel dengan keupayaan servis selepas jualan.

Kemajuan myTukar yang konsisten di seluruh negara merupakan sebahagian matlamat syarikat itu untuk menyediakan pengalaman digital yang boleh dipercayai dalam urusan  membeli dan menjual, biaya pinjaman, insurans dan servis kereta terpakai.

myTukar juga baru memulakan jualan runcit pada tahun lalu dan kini telah menjual hampir 6,000 kereta kepada pelanggan. Bersama dengan perniagaan pukalnya, lebih 100,000 kereta bernilai lebih RM3 bilion berjaya dijual melalui 2,600 rangkaian pengedar.

Pengerusi dan pengasas myTukar, Fong Hon Sum berkata, “Sepanjang berkecimpung dalam industri jualan kereta selama 20 tahun, saya telah melalui pelbagai rintangan. Semasa memulakan perniagaan ini, saya mempunyai impian yang cukup ringkas iaitu untuk mengubah dan merevolusikan industri kereta terpakai di Malaysia."

"Maka, tercetuslah nama “myTukar”, sebuah platform yang mengutamakan ketelusan, kelancaran dan kemudahan dalam industri yang kurang nilai kepercayaan, serta memanfaatkan teknologi dalam mendigitalkan sebuah industri yang lama, tiada ketelusan dan kualiti kawal selia yang rendah. Saya sangat berbangga dengan perubahan yang dilakukan oleh myTukarians dan perubahan mendatang yang akan terus dilaksanakan setiap hari dalam mengubah industri ini.”

Selain itu, myTukar dan syarikat seangkatan Genie Financial Services Malaysia juga bermatlamat menjadi penyumbang utama ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan di Malaysia.

Semasa pandemik, kedudukan kewangan myTukar dan Genie Malaysia yang kukuh bukan sahaja membolehkan pengekalan jumlah pekerja mereka, malah berkembang secara menyeluruh daripada 175 ke 1300 pekerja tempatan, memberikan jaminan pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam industri yang terjejas teruk.

 

Financial info

 

Genie Malaysia juga berada di landasan yang tepat dalam menjadi penyedia teknologi kewangan untuk myTukar, justeru itu mereka meraikan ulang tahun pertama operasinya pada tahun ini dengan rekod pinjaman terkumpul bernilai RM315 juta dan tanpa sebarang pinjaman tidak berbayar (NPL), serta pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang positif.

Struktur kos yang berhemat membolehkan syarikat meraih keuntungan sejak dari hari pertama. Sehingga kini, Genie Malaysia telah memproses lebih 3,000 permohonan, hasil daripada tawaran pemarkahan kredit yang dilancarkan dengan teknologi AI dan pinjaman digital yang lancar kepada pengedar serta pengguna kereta terpakai.

Ketua Pegawai Eksekutif Genie Malaysia, Simon Chan berkata, “Selepas 25 tahun dalam industri pembiayaan kenderaan, misi peribadi saya adalah untuk memacu rangkuman dan pemerkasaan kewangan. Membangunkan Genie Malaysia merupakan peluang untuk menangani segmen pembiayaan kereta terpakai yang besar tetapi kurang diberi perhatian di Malaysia."

"Kami berjaya memanfaatkan penggunaan teknologi, data dan teknologi AI dalam menawarkan perkhidmatan kewangan yang efektif kepada peniaga dan pengguna yang tidak mempunyai perbankan. Kami menjadikan pemberian pinjaman lebih kelayakan kredit dan lebih mudah untuk mereka yang benar-benar perlu memiliki kereta."

"Genie Malaysia disokong oleh kemudahan pembiayaan daripada sekurang-kurangnya sebuah bank domestik terkemuka, sekaligus memberi keyakinan tinggi terhadap model perniagaan kami, dan kami terbuka untuk menjalin kerjasama dalam membantu pihak bank memberi perkhidmatan yang lebih baik dan selamat buat komuniti yang kurang kelayakan.”

myTukar dan Genie Malaysia telah berkembang menjadi antara penyumbang yang signifikan kepada masyarakat Malaysia serta ekonomi, disokong oleh barisan rakan kongsi dan pelabur tempatan yang stabil. Antaranya Sime Darby, DRB-Hicom dan kira-kira 100 rakan kongsi pemegang saham peniaga tempatan.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…