myTukar hasilkan filem raya pertama, serlah kepentingan budaya dan tradisi kekeluargaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, salah satu syarikat kereta terpakai digital yang berkembang pesat, myTukar telah menghasilkan sebuah filem raya pertamanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertemakan perayaan, filem pertama myTukar yang bertajuk ‘Dipandu Rindu’ itu menonjolkan kepentingan nilai-nilai kasih sayang, persefahaman dan kebersamaan.

Filem tersebut mengisahkan cerita tentang seorang ayah dan anaknya yang duduk berjauhan ketika musim perayaan menghampiri.

Walaupun anaknya sibuk dengan kerja, ayahnya tetap berazam untuk merapatkan mereka dengan membaiki kereta lamanya bersama-sama.

Adakah si anak akan memahami isi hati ayahnya dan pulang ke kampung untuk perkara yang lebih penting dari kerjayanya? Saksikan filem penuh tersebut di YouTube myTukar dan Carro.

Filem itu juga akan ditayangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand, dimana masing masing merupakan pasaran untuk syarikat induk myTukar, iaitu Carro.

 

2

 

Selain itu dalam masa yang sama, myTukar kini menawarkan diskaun sehingga RM27,000 untuk pembelian kereta myTukar Certified terpilih dari 1 Mac hingga ke 19 Mei 2023.

Promosi lain termasuk diskaun 30% untuk perkhidmatan cat keseluruhan kereta serta khidmat penyalutan lampu depan percuma dan semburan semula semua rim bernilai RM800, serta diskaun 50% ke atas perkhidmatan penjajaran dan pengimbangan tayar kereta.

Pelanggan juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 untuk musim perayaan ini.

Antara hadiah menarik ditawarkan termasuk 5 set melancong ke Seoul, Korea yang ditanggung sepenuhnya bernilai RM11,600 setiap satu, 11 buah televisyen berjenama Phillips bernilai RM1,799 dan 300 kad pengisian petrol bernilai RM100 setiap satu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…