myTukar laksana program subsidi vaksinasi COVID-19 untuk para pekerjanya

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat myTukar Sdn Bhd selaku penyedia platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian di Malaysia bakal memulakan program Subsidi Vaksinasi COVID-19 kepada para pekerjanya menerusi aplikasi SELangkah Kerajaan Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengulas perkara tersebut, Fong Hon Sum selaku CEO myTukar berkata, "kami memanfaatkan pengumuman terbaharu kerajaan Selangor bagi membenarkan para majikan membeli vaksin untuk para pekerja mereka.

"Sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab, myTukar menyokong penuh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan, dan sebilangan besar pekerja kami menunjukkan minat terhadap inisiatif ini," ujar beliau lagi.

Pihak pengurusan myTukar turut menawarkan elaun sebanyak RM100 serta dua hari cuti tanpa rekod bagi pekerja yang melengkapkan vaksinasi mereka.

Menurut Fazrul, 29 tahun yang bertugas sebagai pemeriksa kenderaan di myTukar Puchong berkata, "sebagai pemeriksa kenderaan, kami perlu berjumpa dan berinteraksi dengan pelanggan setiap hari, dan dengan adanya program vaksinasi ini bakal membantu melindungi kami serta mengurangkan penyebaran virus di tempat kerja.

Dengan langkah terbaharu ini, para pelanggan myTukar tidak perlu risau apabila mengetahui kesemua pekerja myTukar kini mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan bakal menerima vaksin penuh tidak lama lagi.

Sepanjang tmepoh dua tahun, myTukar telah berjaya mencipta peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pencarian, terutama ketika pandemik.

Bilangan pekerja myTukar juga telah meningkat daripada 120 kepada 600 orang sehingga ke hari ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…