Pembukaan pusat pengalaman runcit terletak di Plentong, Johor Bahru itu menyediakan ruang sebesar 184,618 kaki persegi, selain menampilkan pusat pemeriksaan dan penyelenggaraan yang lengkap, serta akses kepada lebih 1,000 unit kenderaan terpakai.

Serentak dengan itu, myTukar turut menganjurkan pameran selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Jun 2022, serta menampilkan pameran daripada syarikat seperti Lim Tayar, Guard My Ride dan juga Nippon, serta institusi perbankan seperti Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank dan penyedia perkhidmatan kewangan myTukar, Genie Financial Services.
Selain berpeluang untuk menikmati tawaran eksklusif seperti kadar faedah rendah 1.88 peratus, baucar percuma sehingga RM1,000, serta cabutan bertuah bernilai RM12,000, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi perjalanan berbayar untuk menonton perlawanan antara Liverpool dan Manchester United di Bangkok.

Menurut Derrick Eng, Ketua Pegawai Eksekutif myTukar berkata, "Walaupun kami masih fokus kepada perniagaan dalam talian, adalah penting untuk kami sediakan ekosistem fizikal bagi memudahkan urusan pembelian dan penjualan kenderaan pelanggan dengan lebih saksama.
Selepas Plentong, myTukar sedang merancang untuk melancarkan enam lagi bilik pameran baharu termasuk di Pulau Pinang, Melaka dan juga Negeri Sembilan.

Sejak 2018, myTukar telah menjadi satu platform yang menawarkan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk semua aspek pemilikan kereta, termasuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan, insurans dan banyak lagi.