myTukar perkukuh kedudukan perniagaan dengan pelancaran tiga pusat pameran baharu

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pembukaan tiga lagi premis terbaharu ekosistem kereta pra-milik digital yang paling maju iaitu myTukar telah memperlihatkan kekuatan dan keupayaan perkhidmatan ini di seluruh Malaysia.

Pembukaan tiga premis baharu ini memaparkan komitmen myTukar untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli kereta yang terbaik, telus dan boleh dipercayai.
 

mytukar


Ketiga-tiga lokasi ini juga berada di kawasan yang strategik serta mempunyai trafik yang tinggi dan merupakan kawasan pengeluar peralatan asli (OEM) sejajar dengan pemain automotif yang lain. Oleh itu pelanggan akan mudah melihat rangkaian terkini kereta dari myTukar yang berdaftar.

Selain itu pengunjung juga boleh singgah ke premis pameran untuk melihat, membeli mahupun mendapatkan perkhidmatan kewangan termasuklah perkhidmatan selepas jualan seperti penyelenggaraan, cat dan seumpamanya.
 

mytukar


Sehingga kini, myTukar sudah memiliki 30 cawangan di seluruh negara.

myTukar turut menampilkan armada trak flatbed yang akan membawa kereta pilihan terus ke pintu hadapan rumah pelanggan. myTukar percaya bahawa perkhidmatan ini adalah satu kejayaan kepada pembeli yang harus diraikan dengan pengalaman penghantaran yang unik.
 

myTukar


Untuk maklumat lanjut berkenaan myTukar, anda boleh melawati laman sesawang https://mytukar.com/locate-us

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bertemakan perayaan, filem pertama myTukar yang bertajuk ‘Dipandu Rindu’ itu menonjolkan…
Berita Domestik
Tawaran dari myTukar itu sememangnya satu peluang yang harus direbut oleh mereka yang ingin mencari…
Berita Domestik
Dengan 100% ketelusan, maklumat terperinci dan pemeriksaan standard, pensijilan ini adalah janji…