myTukar ubah imej korporat, pameran jualan di Puchong South 1-3 Julai

oleh Mohamad Hanif|
Laman perdagangan kereta terpakai dalam talian myTukar baru-baru ini mengumumkan inisiatif penjenamaan semula dengan menampilkan rupa dan skema warna baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Langkah ini bertujuan untuk mencerminkan lagi kekukuhan jenama itu sebagai sebahagian daripada rangkaian serantau CARRO, dan menzahirkan visi dan hala tuju ke arah platform kereta terpakai nombor satu di Asia Tenggara.
 

mytukar


Bersempena dengan pencapaian baharu ini juga, myTukar mengadakan pameran jualan selama tiga hari, bermula 1 hingga 3 Julai ini bertempat di pusat pameran utamanya di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South

Ia dijangka menarik lebih 6,000 orang pengunjung dengan akses kepada lebih 1,000 unit kenderaan pra-milik yang telah disahkan sendiri oleh myTukar.
 

myTukar


Dalam tempoh beberapa hari sebelum inisiatif penjenaman semula dibuat, myTukar telah menyediakan beberapa buah kotak jingga misteri yang dilengkapi dengan kod QR di beberapa buah lokasi bermula di Plentong, Johor Bahru; The Starhill, IOI City Mall dan One Utama, Lembah Klang; Gurney Plaza, Pulau Pinang, dan tidak ketinggalan di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South.

Kotak-kotak jingga itu menawarkan peluang merebut hadiah bernilai sehingga RM20,000, di mana semakin ramai orang mengimbas kod QR yang disediakan, hadiah yang lebih menarik akan ditawarkan kepada peserta bertuah.
 

my


Selain daripada itu, pelanggan myTukar juga berpeluang untuk menikmati sebuah lagi pengalaman baharu yang unik, menerusi pengenalan armada trak jenis flatbed yang akan menghantar sendiri kenderaan yang dibeli terus ke rumah pelanggan.

Menurut Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama CARRO berkata, “Usaha pengembangan serantau kami bermula dengan matlamat untuk mendigitalkan proses pemilikan kereta pra-milik tradisional. Selepas memasuki pasaran Indonesia dan Thailand, kami terus melebarkan sayap ke Malaysia dan akhirnya menjalin perkongsian dengan myTukar, yang berkongsi visi sama untuk meningkatkan pengalaman digital pengedaran kereta di negara ke arah menjadi peneraju industri di rantau ini.

"Penjenamaan semula myTukar hari ini adalah pembaharuan komitmen syarikat untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia kepada pelanggan, selain menjamin proses pemilikan kereta yang lancar dan telus. Dengan menyelaraskan dan menyatukan identiti serta nilai teras jenama kedua-dua pihak, kami sangat teruja untuk menyertai perjalanan myTukar,” jelasnya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…