myTukar ubah pendekatan perniagaan kereta terpakai zaman pandemik

oleh Mohamad Hanif|
Industri automotif secara keseluruhannya berhadapan dengan kesukaran dengan adanya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, ditambah pula dengan perubahan kemampuan kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia bukan sahaja memberikan kesan kepada prestasi jualan kenderaan baharu, malah mampu membuatkan industri kereta terpakai terduduk sama.

Dalam satu temubual ringkas Careta bersama Abdalla Salim dari Superior Motors, beliau mengakui pandemik COVID-19 yang dihadapi pada ketika ini sememangnya mengubah cara dan pendekatan mereka dalam memastikan kelangsungan perniagaan.

"Jika sebelum ini kami berhadapan dengan masalah bekalan, di mana kami terpaksa bergantung kepada kenderaan perjanjian pembelian semula bank dengan kondisi yang agak teruk dan ia menyebabkan lebih banyak masa terbuang untuk memperbaiki semula keadaan kenderaan tersebut.

"Namun, sejak bekerjasama dengan myTukar, kami berjaya menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga terhadap kereta-kereta yang dibeli, malah kami kini mampu untuk membeli stok bekalan setiap hari tanpa sebarang masalah.
 

Superior Motors


Beliau juga berpendapat langkah digitalisasi merupakan masa hadapan bagi perniagaan kenderaan pra-milik di mana kedua-dua belah pihak (penjual dan pelanggan) boleh menikmati proses pembelian dan penukaran hak milik kenderaan yang jauh lebih memudahkan jika dibandingkan dengan cara tradisional yang memerlukan mereka terpaksa berkunjung ke outlet JPJ.

"Cara ini ternyata mampu menjimatkan masa dan tenaga, dan kami berharap untuk melihat inovasi yang berterusan daripada myTukar untuk meletakkan industri kenderaan pra-milik ini pada tahap yang lebih baik.

Abdalla Salim kini mempunyai dua pusat pameran bertempat di Kuching, Sarawak, di mana pusat pameran utama terletak di Jalan Batu Kawa manakala cawangan kedua pula di Tabuan Tranquility.
 

MyTukar


Menurut Jeffrey Ong, CEO myTukar memberitahu, myTukar tidaklah sekadar membantu perniagaan para pengedar kenderaan terpakai, mereka juga mahu memperkasakan industri ini dengan memberikan satu jalan kepada para pelanggan untuk mendapatkan kenderaan terpakai menerusi cara yang lebih telus, sekaligus mendatangkan ketenangan minda sebelum dan selepas pembelian.

Untuk para pengedar kenderaan terpakai pula, proses digitalisasi yang dibawakan oleh myTukar sememangnya mampu mengubah cara dan pendekatan mereka menjalankan perniagaan, tidak seperti apa yang diamalkan sebelum ini.

"Mereka boleh melihat laporan terperinci untuk setiap kereta yang disenaraikan, lengkap dengan pemeriksaan 120 mata dan galeri gambar. Setelah kereta itu dibeli (oleh pengedar), kami akan terus menghantarnya ke pusat pameran dalam masa beberapa hari selepas pembelian.

"Beli kereta kini ibarat seperti beli baju menggunakan platform dalam talian, tiada sebarang perbezaan," ujarnya.
 

mytukar


Sejak pengenalan myTukar, Jeffrey mengakui masih lagi wujud golongan pembeli yang lebih menggemari cara pembelian tradisional dengan berkunjung ke kedai fizikal.

Namun dari masa ke semasa, myTukar mendapati terdapat peningkatan angka transaksi pembelian kenderaan dalam talian dicatatkan, khususnya dari sekitar Lembah Klang serta kawasan-kawasan lain.

Kenderaan yang paling popular dan paling laris terjual di laman web myTukar sudah pasti kenderaan berjenama tempatan dengan julat harga purata RM50,000 diikuti dengan kenderaan berjenama Jepun.

Untuk pembelian menerusi myTukar, setiap kenderaan didatangkan dengan jaminan mekanikal selama satu tahun dan jaminan kualiti selama 30 hari, di mana myTukar akan memperbaiki segala masalah yang timbul dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.

Ketika ditanya berkenaan kesukaran yang dihadapi oleh pembeli yang sudah mendapat moratorium untuk memohon pembiayaan baharu, Jeffrey menjelaskan itu semua bergantung kepada penilaian risiko dan  kelulusan oleh pihak bank, serta skor kredit pelanggan itu sendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…