myTukar umum integrasi CTOS Application and Decisioning, tingkat kecekapan dalam keputusan kredit

oleh Mohamad Hanif|
myTukar selaku platform perniagaan kereta terpakai paling pantas berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan penyatuan CTOS Application and Decisioning Solution (CAD) bagi meningkatkan kecekapan kelulusan pembiayaan pelanggan, sekaligus menjadi syarikat pertama dari industri automotif yang melaksanakan penyelesaian digital tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyelesaian CTOS Application and Decisioning membantu syarikat untuk membuat keputusan kredit dengan cekap dan tepat berpandukan analisis automatik, serta menjadi satu perkhidmatan nilai tambah kepada para pelanggan myTukar.

Menurut Jeffrey Ong selaku CEO myTukar menjelaskan, "kolaborasi bersama CTOS berlaku tepat pada masanya kerana ia berlaku pada kemuncak pengembangan perniagaan kami di Malaysia. Solusi CTOS Application and Decisioning yang berskala dan mudah disesuaikan itu membolehkan kami membuat keputusan strategik untuk mengautomasikan proses berbanding perkhidmatan pelanggan yang diperibadikan.

"Sistem ini membenarkan akses kepada pangkalan data yang luas membolehkan kami membuat keputusan yang baik pada kadar 24 jam, berbanding kaedah tradisional yang memakan masa dua hingga tiga hari.

"Dengan integrasi CTOS Application and Decisioning ke dalam antaramuka myTukar, ia sekaligus menjadikan proses pembelian kereta terpakai lebih mudah, senang, cekap dan telus.

myTukar telah pun melancarkan fasa pertama pengintegrasian CTOS Application and Decisioning pada Mei 2021 dengan perancangan untuk mempercepatkan pelaksanaannya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.myTukar.com atau dengan menghubungi 1800-22-5599.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…