Myvi bertembung treler muatan kereta, 3 maut

oleh SALINA JALIL|
Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Jalan Bentong-Raub berhampiran Taman Desa Damai di sini, awal pagi ini.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 3.43 pagi bergegas ke tempat kejadian mendapati empat mangsa berada dalam kereta jenis Myvi terdiri daripada dua wanita dan dua kanak-kanak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Tiga mangsa tersepit dan seorang telah dikeluarkan orang awam manakala dua mangsa lagi dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat.

 

“Ketiga-tiga mangsa tersepit meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Bentong,”katanya di sini, hari ini.

 

Tambahnya , seorang lagi mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes…
Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…