Myvi Conversion elektrik di MAS 2024 - Apa yang anda boleh lihat?

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua melakukan kejutan besar kali ini dengan mempamerkan satu unit Myvi yang telah diubahsuai menjadi sebuah kenderaan elektrik (EV).

Myvi emo-1 atau Electric Motion Online itu memang berdasarkan Myvi generasi terkini tetapi dengan perubahan kepada ruang dalam dan luar, terutama ruang enjin yang kini dipenuhi dengan alatan elektronik.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual, tetapi menjadi satu platform latihan bagi membangunkan projek EV negara itu nanti.

Prototaip EV itu terdiri dari tiga komponen utama:

- Asas untuk ujian tenaga (power bench)
- Penukar tenaga (power converter)
- Rekabentuk rangka platform 

Tiga universiti tempatan terbabit dalam proses pembangunan fungsi asas untuk ujian tenaga - Universiti Tenaga Nasional. Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

 

 

Pembangunan untuk rekabentuk rangka itu pula dilakukan di Malaysia sementara pembangunan teknologi penukaran tenaga pula dilakukan oleh EV North, sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia.

Pek bateri untuk model konsep ini pula ialah dari jenis Prismatic Li-Ion Nickel Manganesse Cobalt (NMC) HV dengan kapasiti tenaga sebanyak 55.7 kWh.

Bateri itu digabungkan dengan motor elektrik synchronous magnet AC kekal.

Paduan kedua komponen itu dan sistem kawalan elektronik memberikan hamburan kuasa setinggi 120 kW dan 220 Nm, serta jarak gerak sejauh 350 km.

Pastinya ini bukan angka yang tetap dan mungkin akan menjadi lebih tinggi.

 

 

Yang jelas projek ini membuktikan bahawa Perodua membangunkan projek ini sendiri dengan bantuan perunding-perunding global bagi membantu kerajaan mencapai hasrat untuk mewujudkan sebuah EV tempatan berharga di bawah RM100,000.

Semalam, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata harga EV dari Perodua itu akan berada di antara RM50,000 ke RM100,000 - satu julat harga yang dikira boleh diterima oleh kebanyakan pengguna.

Selain dari itu, Perodua juga jelas melihat masalah yang bakal melanda pasaran EV tempatan, iaitu pasaran harga terpakai yang mungkin lemah.

Perodua Myvi emo-1

Untuk itu, Perodua merancang untuk mewujudkan satu ekosistem EV tempatan yang mapan sebelum model elektrik negara itu boleh dilancarkan.

"Nilai harga terpakai EV, ciri-ciri keselamatan, kerunsingan jarak gerak dan kitar semula materi lama adalah antara isu yang perlu ditangani dahulu," ujar Zainal.

Produk EV pertama Malaysia ini bakal dilancarkan antara hujung tahun ini atau tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Paultan, MCE Holdings, menyatakan bahawa anak syarikatnya Multi-Code Electronics Industries…
Berita Domestik
Beliau berkata, jumlah tempahan tertunggak kedua-dua pengeluar kereta itu ketika ini berkurangan…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, kesemua laporan pengujian semula tersebut…