“Tak cerdik betul pemandu kereta Myvi itu nasib baik tak kena pijak dengan dia (gajah),” katanya dalam klip berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial berang dengan tindakan terburu-buru pemandu tersebut yang dianggap tidak bertimbang rasa terhadap haiwan liar yang turut berkongsi laluan di kawasan hutan berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut meminta pihak berkuasa mengesan pemandu terbabit kerana tindakannya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, tetapi boleh mencetuskan kemalangan melibatkan pengguna jalan raya lain.
Video TikTok tular di pautan https://www.tiktok.com/@mamukhabir/video/7525476657000369426?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7464991132063122962
- Sebelum ini Jabatan Perhilitan ada menyatakan bahawa sekiranya terjumpa gajah, perlahan pergerakan kenderaan anda, jangan bunyikan hon, jangan keluar dari kenderaan anda, bertenang dan berikan ruang kepada gajah -