Myvi cuba lari, polis terpaksa lepas empat tembakan

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah Perodua Myvi yang cuba melarikan diri di jalan Batu Uban 2, Pulau Pinang pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, dua anggota polis sedang meronda di dalam sebuah MPV di kawasan Datuk Keramat sebelum menjumpai sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut laporan daripada NST, anggota polis itu cuba untuk menahan, namun pemandu Myvi itu memecut dan merempuh seorang pejalan kaki di Jalan P Ramlee sehingga menyebabkan mangsa berusia 61 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.  

Empat das tembakan terpaksa dilepaskan oleh anggota polis dan pemandu Myvi itu akhirnya berjaya ditahan.

Pemeriksaan mendapati pemandu berusia 46 tahun yang berasal dari Jalan Kampung Melayu, Air Hitam itu membawa tiga paket Heroin AB seberat 13 gm, dan Perodua Myvi itu didaftarkan di bawah syarikat sewa kenderaan beralamat di Jalan Sg Tiram 3, Bayan Lepas.  

Difahamkan, suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau, dan 14 daripadanya berkaitan dengan kesalahan berkaitan dadah.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya…
Berita Domestik
Polis kini sedang mencari seorang lelaki iaitu Ganeshan Olakanathan, 40, dipercayai dapat membantu…
Berita Global
  Menurut kementerian, kejadian itu berlaku di perairan pantai Cape Fiolent di Crimea, yang…