Myvi GT - Apa cerita?

oleh Mohamad Hanif|
Kami yakin, ramai yang sudah tidak sabar untuk menanti bahkan ada yang telah pun menempah hatchback paling 'king' di pasaran Malaysia, Myvi Facelift 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, mungkin juga ada yang tertanya-tanya, apa pula nasib dengan projek Myvi GT yang pernah muncul beberapa tahun lalu?

Kami sempat bertanyakan hal tersebut kepada Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, dan jawapan yang diberikan agak menarik sebenarnya.

Menurut Zainal, Perodua sebenarnya telah pun menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan kajian terperinci terhadap pembangunan Myvi GT, malah model tersebut sebenarnya sudah pun bersedia untuk memasuki barisan produksi.
 

Myvi GT


Malangnya, projek tersebut terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia, di mana ia sekaligus menjejaskan segala aspek yang merangkumi pengeluaran, vendor dan rantian bekalan Perodua.

Malah sehingga kini, produksi di kilang Perodua masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Ujarnya lagi, pandemik membuatkan Perodua terpaksa menyusun semula sumber yang ada dan mengutamakan projek lain yang lebih penting.

Zainal turut memberitahu enjin Myvi sedia ada tidak boleh dilakukan modifikasi bolt-on turbo disebabkan oleh homologasi, selain menjadikan kos pembangunan Myvi GT akan menjadi lebih tinggi.

"Buat masa sekarang, saya boleh katakan bahawa kami tidak akan mengenepikan projek atau idea Myvi GT ini.