Myvi 'terbang' 50 meter di Bulatan Jalan Indah

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Pemandu Perodua Myvi cedera selepas kenderaan itu hilang kawalan semasa memasuki Bulatan Jalan Indah, Taman Bukit Indah, di Johor Bahru, semalam.


Dalam kejadian jam 3 pagi itu, kereta berkenaan bergerak lurus pada bulatan menyebabkan ia 'terbang' merempuh pagar bunga dan seterusnya melintasi longkang besar sebelum melanggar pokok.

 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, akibat kejadian itu, pemandu berusia 27 tahun luka di muka dan tangan.

 

"Siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu hilang kawalan semasa memasuki bulatan. Pemandu bergerak lurus merempuh pagar bunga seterusnya melintasi longkang besar, melanggar pokok dan berhenti.

 

"Akibat perlanggaran itu, pemandu tersepit di kaki dan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Mangsa tidak mabuk dan tidak berada dalam pengaruh dadah.

 

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans," katanya dalam satu kenyataan.

 

Dzulkhairi berkata, semasa kejadian, jalan dua lorong sehala itu adalah kering serta berlampu.

 

Katanya, kenderaan itu kemek di bahagian hadapan, bonet dan beberapa lagi kerosakan.

 

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok…
Telah Diuji
Kali ini, Perodua bukan sahaja memperkemaskan rupa paras model Myvi yang sudah tersedia garang itu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video…