Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Mohd Shahril Razali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.03 petang.
Berikutan itu, beliau berkata, sembilan anggota dari BBP Yong Peng dan BBP Ayer Hitam bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Setiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera memberi bantuan kepada semua mangsa kemalangan terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, PLUS memaklumkan, pihaknya terpaksa membuka lorong kiri untuk mengatasi kesesakan akibat nahas di Kilometer (KM) 96 dari arah Ayer Hitam menghala ke Yong Peng (Utara).
"Setakat jam 8.55 malam ini, trafik masih sesak di Pekan Yong Peng, Jalan Kluang, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, Jalan Yong Peng-Labis, dan Jalan Yong Peng-Batu Pahat," katanya.