Namun, katanya "kecederaan mangsa tidak mengancam nyawa".
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang bertindak pantas.
Sementara itu, The Straits Times melaporkan nahas berlaku kira-kira 5 petang dan bas berkenaan dikendalikan Tower Transit.
Memetik jurucakap syarikat berkenaan, 16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang.
Tiada info lanjut berkenaan punca kemalangan tersebut.