Nahas jalan raya - Lebih 6,000 kematian direkodkan setiap tahun, 70% penunggang motosikal

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun dengan purata satu nyawa terkorban akibat nahas berkenaan bagi setiap 80 minit, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Hasbi berkata kemalangan paling kerap berlaku dan membimbangkan adalah melibatkan pengguna motosikal dengan hampir 70 peratus daripada jumlah berkenaan.

Sepanjang 2023 terdapat 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 Kelas D telah dikeluarkan.

Statistik rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga kini, terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang aktif di seluruh negara.

Beliau turut berkata jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan pada tahun lalu juga mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 kenderaan.

- bertambah angka kenderaan bermakna kemungkinan angka kemalangan turut bertambah, berhati-hati sentiasa, semoga perjalanan kita terpelihara hendakNya. -

Bacaan sepenuhnya di Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan…
Berita Domestik
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli  berkata sepanjang operasi dilaksanakan, pelbagai alasan…
Informasi
Antaranya, menggiatkan penguatkuasaan melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi…