Nahas kereta api terburuk di India mengorbankan 288 penumpang

oleh Mohamad Hanif|
Nahas kereta api terburuk di India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 288 orang, manakala lebih 1,000 orang cedera di dalam kemalangan melibatkan tiga kereta api di Odisha, timur India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Utusan, Ketua Setiausaha kerajaan negeri, Pradeep Jena menerusi ciapan memaklumkan angka kematian dijangka meningkat lagi.

Jelas beliau, mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu yang berlaku kira-kira 200 kilometer dari ibu negara Bhubaneswar.

“Keutamaan kami sekarang adalah menyelamatkan penumpang dan memberikan bantuan kesihatan kepada mangsa tercedera,” katanya.

Menurut Pradeep, lebih 200 ambulans dan 180 anggota perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian di daerah Balasore, Odisha.

Pasukan perubatan dan kejuruteraan dari tentera turut dikerahkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, tentera udara India juga menempatkan 17 buah helikopter bagi membantu operasi menyelamat.

Dilaporkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) apabila kereta api Howrah Superfast Express dalam perjalanan dari Banglore ke Howrah, West Bengal bertembung dengan Coromandel Express dari Kolkata ke Chennai.

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menterinya, Ashwini Vaishnaw walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut memandangkan…