Syarikat berkenaan didakwa melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen jenis OPC seberat 68,260 kilogram (kg), lebih 16,260kg daripada had berat yang dibenarkan iaitu 52,000kg kira-kira 8.30 malam, 23 Disember 2024 di KM204 PLUS arah selatan.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya serta boleh dilucuthak, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohd Asri Abd Rahman Sidik manakala syarikat terbabit diwakili peguam Chew Jee San.
Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
- 'murahnya' harga nyawa mangsa yang terlibat -