Nahas Tanjong Pagar: Pemandu didapati mabuk, pandu melebihi had laju

oleh Mohamad Hanif|
Hari pertama siasatan koroner terhadap insiden kemalangan yang meragut lima nyawa di Tanjong Pagar tahun lalu mendedahkan pemandu BMW M4 tersebut memandu dalam keadaan mabuk dan laju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian tersebut, pemandu Jonathan Long Junwei dan empat penumpang - Eugene Yap Zheng Min, Elvin Tan Yong Hao, Teo Qi Xiang dan Gary Wong Hong Chieh – meninggal dunia dalam kemalangan itu kira-kira pukul 5.40 pagi pada 13 Februari 2021.

Pemandu itu juga didapati mempunyai paras alkohol dalam darah setinggi 86 mg untuk setiap 100 mililiter, melebihi had undang-undang 80 mg yang dibenarkan.

Laporan siasatan forensik Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mendakwa BMW tersebut dipandu pada kelajuan 148 km/j, jauh lebih tinggi berbanding had kelajuan 50 km/j di Tanjong Pagar Road.

Menurut laporan bedah siasat, kesemua lima orang maut akibat melecur teruk dalam kebakaran yang menjilat kereta dan rumah kedai yang dirempuh.

Pada malam sebelum kemalangan meragut nyawa itu berlaku, kelima-lima mangsa berkumpul di Tanjong Pagar Road, dan pemandu Jonathan ingin menunjukkan kereta barunya kepada rakan-rakannya.

 


Difahamkan, kereta itu dipandu sebanyak tiga pusingan dengan pemandu yang berbeza setiap kali, sebelum pemanduan diambil alih oleh pemilik asal Jonathan yang ingin memperlihatkan keupayaan sebenar jentera dua pintu itu.

Malang tidak berbau, semasa pusingan keempat dan terakhir yang dipandu oleh pemilik asal, BMW M4 itu hilang kawalan sebelum merempuh rumah kedai dan terbakar dijilat api.

Siasatan HSA mendapati kelajuan kereta mencecah 88 km/j pada pusingan pertama, 59 km/j pada pusingan kedua, dan mencecah 130 km/j semasa pusingan ketiga.

Disebabkan kerosakan teruk, para penyiasat tidak dapat menentukan keadaan mekanikal dan sama ada sebarang kegagalan mekanikal yang menyumbang kepada kemalangan tersebut.

Berita penuh di Mediacorp.sg

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lampu isyarat kereta itu boleh dilihat berada dalam keadaan berkelip-kelip kira-kira 15 saat…