Nahas tiga kenderaan di Lebuhraya PLUS (Simpang Ampat), enam terkorban

oleh Penyumbang Rencana|
Sekurang-kurangnya enam individu terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Kemalangan yang berlaku berhampiran Simpang Ampat di Alor Gajah membabitkan sebuah kereta Toyota Estima, bas persiaran dan treler.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata, lima daripada lapan penumpang kereta terlibat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang maut ialah pemandu bas.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.45 malam. Penumpang Toyota Estima terdiri daripada lima dewasa dan tiga kanak-kanak.

“Dalam pada itu, terdapat 27 penumpang dan dua pemandu dalam bas itu, seorang pemandu telah meninggal dunia. Treler pula terdapat dua penumpang. Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Tragedi itu mengakibatkan kesesakan teruk dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat. 

- Punca kemalangan tidak dinyatakan, salam takziah kepada keluarga mangsa -

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah. "Lelaki warga emas itu dibebaskan…
Berita Domestik
Kenyataan itu memaklumkan JKR akan terus memantau keadaan jalan di kawasan terlibat secara berkala…
Berita Domestik
"Saya berharap pihak polis menyelesaikan siasatan kes itu secepat mungkin, dan pemandu terbabit…