Naik kereta kebal pergi beli-belah!

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Mirror.uk
Seorang lelaki Britain mencipta kelainan dengan memandu kereta kebal untuk pergi ke pasar raya bersama anak-anaknya bagi membeli barangan keperluan rumah, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Gary Freeland, yang berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,000 (RM106,817) itu sambil ditemani anaknya, Freddie, Phoebe dan Harrison.

 

Freeland berkata, kereta kebal itu adalah alasan terbaik bagi memujuk anak-anaknya untuk turut membantu ketika membeli-belah.

 

“Anak-anak akan menawarkan diri  jika saya memberitahu mahu ke pasar raya kerana mereka tahu, saya akan memandu kereta kebal itu.

 

“Anak-anak berpendapat ia sesuatu yang hebat kerana tiada seorang pun rakan mereka yang berpeluang menaiki kereta kebal tentera,” ujarnya.

 

Menurut Freeland, dia perlu membelanjakan hampir £800 (RM4,272) bagi mengisi penuh tangki minyak kereta kebal tersebut yang bersaiz 400 liter.

 

tank
gambar dari Mirror.uk

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di Pusat Info Trafik dan Kawalan…
Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…
Berita Global
Sebuah unit Howe & Howe Ripsaw EV3-F4 kini sedia untuk dibawa pulang menerusi laman web Hemings…