Naik taraf Artura, McLaren jual beberapa model bersejarah untuk mencari dana

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Artura merupakan kereta sport hibrid yang diperkenalkan oleh McLaren pada pertengahan tahun 2021, ianya dikuasakan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar, dipadankan dengan motor elektrik yang menghasilkan gabungan kuasa sehingga 671 HP dan 720 Nm.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, namun McLaren masih belum menghantar model tersebut pada pelanggan.

Dalam laporan pendapatan suku ketiganya, McLaren mendedahkan bahawa Artura memerlukan peningkatan teknikal tertentu yang mengakibatkan kelewatan dalam pengeluaran.

 

artura

 

Sudah tentu naik taraf itu memerlukan pembiayaan, hal tersebut memaksa McLaren untuk menjual beberapa kereta bersejarahnya bagi mengumpul wang pembiayaan.

Mumtalakat Holding, penyumbang dari Bahrain yang memiliki hampir 60 peratus kepentingan dalam McLaren merupakan pembeli kereta bersejarah tersebut pada harga GBP100 juta (RM544 juta). Namun perincian tentang kereta apa yang dijual tidak didedahkan.

Tahun ini, McLaren telah memperoleh dana daripada beberapa pemegang sahamnya. Firma pelaburan Ares Management Corporation dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi menyumbang kepada pembiayaan itu yang berjumlah GBP125 juta (RM672 juta).

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…