Naik taraf bulatan akan kurangkan kesesakan di Lebuh Raya Kuching-Samarahan

oleh SALINA JALIL|
Kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuh raya Kuching-Samarahan dijangka dapat dikurangkan apabila lima bulatan di lebuh raya itu dinaik taraf dalam tempoh dua tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata apabila kerja-kerja menaik taraf itu selesai, ia juga akan menyediakan laluan selamat dan alternatif untuk keperluan semasa dan masa hadapan bagi pengguna jalan raya.

 

“Terdapat keperluan untuk kerja menaik taraf khususnya apabila Jambatan Batang Samarahan dan jalan pesisir (jalan raya kedua melintasi kawasan pesisir Sarawak sehingga ke utara negeri), telah siap,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk kerja naik taraf itu di Kuching, Sarawak semalam.

 

Beliau berkata projek bernilai RM47,355,800.20 itu bermula pada 15 Okt lepas dan dijangka siap pada 14 Jan 2022.

 

“Terdapat juga rancangan untuk membina satu lagi lebuh raya Samarahan-Kuching untuk menghubungkan Sejingkat dan Santubong dengan jalan raya berkembar menuju ke kawasan pelancongan, selain satu lagi jalan menghubungkan jalan persekutuan ke Lundu dan Samarahan,” katanya.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Domestik
Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan…
Informasi
Kaunter Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) juga mungkin akan turut terjejas sepanjang tempoh…