Naik taraf Lapang Terbang Sultan Ismail Petra dengan kos RM440 juta akan bermula April ini

oleh SALINA JALIL|
Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu dengan kos RM 440 juta akan bermula pada April.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek itu melibatkan pembinaan tempat letak kereta bertingkat, tambahan lima jambatan udara (Aerobridge) selain penambahbaikan jalan keluar dan masuk lapangan terbang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pada tahun 2019, LTSIP catat 1.8 juta penumpang sedangkan kapasiti semasa cuma mampu tampung 1.5 juta.

 


“Ini adalah lapangan terbang domestik paling sibuk di negara ini dan perlu dibesarkan serta dinaik taraf bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu.

 

Beliau berkata, komponen utama projek melibatkan pembinaan bangunan terminal baharu yang berkonsepkan reka dan bina (design and build) dengan pengasingan balai ketibaan serta pelepasan.

 

“Apabila siap kelak bangunan terminal baharu ini mampu mengendalikan 4 juta penumpang setahun,” katanya.

 

Mustapa berkata, kerajaan bersetuju melantik WCT Bhd sebagai kontraktor dan dijangka masuk ke tapak pada April 2021.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dari segi penjenamaan semula KLIA dan KLIA 2 kepada Terminal 1 dan Terminal 2, itu permohonan…
Informasi
  Katanya trafik antarabangsa meraih 2.8 juta pergerakan penumpang, sama seperti paras yang…
Berita Global
Laporan AFP menyebut, masalah teknikal tersebut telah dikesan oleh pihak berkuasa penerbangan yang…