Syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata bahawa projek itu melibatkan menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru dari Jambatan Sungai Johor (Km49.3) ke Sungai Semenchu (Km58.70).
Kimlun berkata, pembinaan itu dijangka siap pada suku kedua 2027.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak, tambahnya.