Naiki e-skuter dalam keadaan mabuk, wanita didenda RM37,073.96

oleh SALINA JALIL|
Mahkamah Norway mendenda seorang wanita berusia 40 tahun lebih 80,000 kroner (RM37,073.96) kerana menaiki skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

Tertuduh ditahan ketika menaiki kenderaan itu di tengah-tengah bandar Stavanger, barat daya lewat malam Jun lalu.

Kakitangan sumber manusia itu didapati mempunyai 1.4 gram alkohol dalam darahnya, melebihi had tempatan 0.5 gram seliter.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Mahkamah di Norway, di mana e-skuter termasuk dalam kategori sama dengan kenderaan bermotor lain, biasanya memenjarakan pemandu mabuk dan menetapkan denda satu setengah kali ganda gaji bulanan defendan.

 

Mahkamah di Sandnes sebelah selatan Stavanger, memberikan kelonggaran dengan hanya mendenda 80,000 kroner (RM37,073.96), selepas pihak pendakwaan meminta penalti 93,000 kroner (RM43,098.47) serta menggantung hukuman penjara dua minggu.

"Mahkamah menegaskan, defendan memandu hanya untuk beberapa minit dan tiada kenderaan lain atau pejalan kaki di kawasan itu.

 

"Tiada bukti ia adalah situasi berbahaya," kata hakim mahkamah itu ketika membacakan keputusan pada Selasa.

 

Menurut hakim, wanita itu mengaku bersalah dan skuter elektriknya hanya boleh menyebabkan kerosakan lebih sedikit daripada kereta atau motosikal.

 

Bagaimanapun, katanya, wanita itu perlu lulus satu lagi ujian memandu selepas penggantungan 18 bulan.

 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gudang sentral baharu milik Beam Mobility itu memiliki keluasan 8,000 kaki persegi dimana ianya…
Berita Domestik
Selaras dengan visinya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan aliran trafik di Malaysia,…
Berita Domestik
Tinggal beberapa minggu sebelum 2022 melabuhkan tirainya, pembekal perkhidmatan mobiliti mikro,…