Naiki kereta lebihi had, empat sekawan dikompaun

oleh SALINA JALIL|
Empat remaja lelaki dikompaun RM1, 500 seorang kerana menaiki kereta melebihi had dibenarkan di Jalan Kereta Api Lama, Durian Tunggal, di Alor Gajah, Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kesemua empat individu terbabit yang berusia antara 16 dan 17 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang menjalankan Operasi Rentas Negeri/Daerah dan Op Samseng di kawasan itu.

MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

 

"Empat remaja itu yang tinggal di Krubong dipercayai ke kawasan terbabit untuk melepak sebelum ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard kerana menaiki kenderaan melebihi had ditetapkan.

 

"Kompaun dikeluarkan terhadap kesemua penumpang termasuk pemandu kerana melakukan kesalahan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2001 dengan jumlah kompaun RM1,500 seorang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, selain itu, pihaknya turut mengeluarkan 57 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi sama.

 

"Antara kesalahan yang dikesan adalah menunggang motosikal di bawah umur 16 tahun, tiada lesen memandu, melakukan ubah suai tidak mengikut spesifikasi serta tidak memasang cermin sisi.

 

"Malah dua motosikal turut disita selepas didapati melakukan pengubahsuaian pada ekzos," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi bermula jam 12 malam hingga 8 pagi Isnin dijalankan dengan kekuatan seramai sembilan…
Berita Domestik
DBKL memaklumkan, pihaknya mengesan beberapa kesalahan dan pelanggaran prosedur operasi standard (…
Berita Domestik
Tindakan itu menyebabkan usaha pelanggan atau pekerja mencegah kebakaran terutama ketika mengisi…