Nak gear manual? MINI John Cooper Works 1to6 Edition hanya dengan gear manual!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MINI John Cooper Works 1to6 Edition
MINI John Cooper Works 1to6 Edition
Pada hari ini sangat jarang untuk bertemu kereta baharu yang dibeli dengan transmisi manual.

Walaupun begitu masih ada pengeluar yang memperjuangkan transmisi manual dan diletakkan pada model berprestasi seperti Honda Civic Type R. 

Tidak dilupakan, model Toyota GR seperti Supra, Corolla dan Yaris dan ini pula tawaran terbaru dari Eropah iaitu MINI John Cooper Works 1to6 Edition.

Seperti namanya, MINI JCW 1to6 dibekalkan transmisi manual enam kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MINI John Cooper Works 1to6 Edition

 

MINI John Cooper Works mempunyai akar dari sukan permotoran dan penawaran terbaru ini memang tepat. 

Mereka yang berminat perlu cepat kerana 999 unit sahaja ditawarkan di peringkat global dan daripada jumlah itu, hanya 150 unit ditawarkan di United Kingdom (UK).

Bukan sahaja manual, edisi ini juga tiba tepat pada waktu ketika dunia beralih kepada elektrifikasi dan model baharu MINI bakal dilancar tidak lama lagi.

1to6 Edition digerakkan enjin John Cooper Works dengan MINI TwinPower Turbo Technology yang menghasilkan 231 kuasa kuda (hp) dan tork 320Nm.

 

MINI John Cooper Works 1to6 Edition

 

Pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya memerlukan 6.3 saat.

Pembeli tidak boleh memilih warna lain kerana 1to6 Edition hanya ditawarkan dalam warna Midnight Black Metallic.

Empat sudut roda dipasang rim aloi Jet Black Circuit Spoke saiz 18 inci dan cermin belakang berwarna gelap.

Satu lagi ciri khas ialah grafik dari bonet hingga belakang yang nampak seperti corak jaring tetapi sebenarnya adalah lambang atau tukaran transmisi manual.

 

MINI John Cooper Works 1to6 Edition

 

Logo 1to6 Edition dipaparkan pada tiang C, alang pintu dan bahagian belakang kereta.

Grafik yang menonjolkan transmisi manual pada segenap ruang memang idea yang bagus mengenangkan jumlah kotak gear manual pada hari ini dan kenangan pada masa depan.

Tema hitam diteruskan pada bahagian dalam dengan kemasan Piano Black dan selain gear manual, pemilik juga memijak pedal keluli tahan karat yang didatangkan sebagai ciri standard.

Logo khas 1to6 Edition juga terpampang di merata tempat di dalam kabin. Paling menonjol tulisan One of 999 terpampang besar pada Bumbung Suria Panoramik.

 

MINI John Cooper Works 1to6 Edition

 

Selain tema gelap MINI turut menggunakan riasan merah termasuk lampu suasana dan bingkai meter tengah papan pemuka.

Selain itu, 1to6 Edition dilengkapi Papan Pemuka Digital, kerusi depan dengan pemanas, cermin sisi lipat elektrik, Bantuan Pemanduan, Comfort Access dan Bantuan Parkir.

Turut dilengkapi skrin sentuh 8.8 inci dengan Sistem Navigasi MINI, Apple Carplay, pengecas tanpa wayar, sistem audio Harman Kardon Surround Sound dan papar pandu (HUD).

Di UK, MINI John Cooper Works 1to6 Edition dijual pada harga 39,600 pound (RM223,398). Pelancaran rasmi dibuat pada 20 Mei sempena perlumbaan 24 Jam Nürburgring.

 

MINI John Cooper Works 1to6 Edition

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin