Nak tahu dalaman kereta yang bagus? Outlander di antara terbaik, menang WardsAuto 2021!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Outlander
Mitsubishi Outlander
Dalaman kereta sekarang ini ada pelbagai gaya, sama ada ringkas, penuh dengan butang atau skrin besar diletakkan di tengah papan pemuka.

Selain itu, ada pengguna yang tidak sukakan dalaman terlampau plastik dan kecenderungan itu memerlukan pereka menjadi lebih kreatif.

Hakikatnya plastik ada di mana-mana walaupun untuk sebuah kereta enam angka.

Di dalam industri automotif, ada organisasi yang fokus kepada bahagian dalaman dan setiap tahun mengeluarkan senarai terbaik.

Untuk tahun 2021, Wards 10 Best Interiors menampilkan pelbagai model, murah, mahal, pertengahan dan juga buatan Eropah, Timur dan Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Outlander

 

Satu daripada model Wards 10 Best Interiors ialah Mitsubishi Outlander.

Ini bukan Outlander yang pernah dijual di negara kita tetapi model terbaru yang diperkenalkan pada Februari 2021.

Model ini diasaskan dari platform Nissan Rouge (X-Trail) baharu memandangkan Mitsubishi dan Nissan berada dalam perikatan sama.

Bahagian luar Outlander memang sudah menyerlah manakala bahagian dalam pula direka secukupnya, tidak lebih dan tidak kurang.

Wards 10 Best Interiors melihat dan mengiktiraf beberapa aspek seperti estetik, keselesaan, ergonomik, penggunaan bahan, kemasan dan juga tahap mesra pengguna untuk kawalan dan paparan.

 

Mitsubishi Outlander

 

Dari gambar, dalaman Outlander nampak ringkas dan terasa mutu penggunaan bahannya selain mengekalkan identiti Mitsubishi.

Menurut salah seorang juri, Drew Winter, "Pada harga $38,590, dalaman kereta ini menonjol berbanding yang lain kerana ia nampak begitu premium dan mewah.

"Penggunaan warna yang menyerlah (rich) dan teksturnya nampak seperti sebuah kereta yang lebih mahal."

Tidak sah untuk kereta buatan Jepun tanpa falsafah yang kuat. Dalam membangunkan Outlander, Mitsubishi menggunakan konsep rekaan dalaman Omotenashi.

Ianya merujuk kepada tahap hospitaliti Jepun yang lebih tinggi atau menjangkakan keperluan tetamu.

 

Mitsubishi Outlander

 

Beberapa varian Outlander menggunakan kerusi balutan kulit asli dengan pilihan warna kelabu cerah atau hitam dan diseragamkan bersama panel meter dan kemasan pintu.

Varian tertinggi SEL Touring menggunakan warna perang untuk kemasan dan sulaman dengan kerusi kulit separa celupan anilina (semi-aniline).

Untuk perkakasan, Outlander ditawarkan dengan meter digital 12.3 inci, skrin tengah 9 inci, pengecasan telefon pintar tanpa wayar, sambungan Android Auto™ dan  Apple CarPlay®.

Ringkasnya, papan pemuka Outlander memang ringkas tetapi aura mutu dan kemewahannya terserlah.

Ada gaya, fungsi, tidak bosan dengan rasa dan nampak mewah. Cukup resepi!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mitsubishi Outlander

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wardsauto, kumpulan penerbitan automotif terkenal di US yang popular dengan anugerah-anugerah…