Disebabkan gangguan bekalan komponen dan alat ganti automotif, Toyota pada September lalu membuat keputusan untuk menghentikan produksi kenderaan di Rusia.
"Toyota telah memuktamadkan pemindahan pemilikan kilang produksi kenderaannya kepada NAMI (Central Scientific Research Automobile and Automotive Engines Institute) berkuatkuasa 31 Mac 2023. Perjanjian tersebut merangkumi pemindahan hak milik penuh kilang serta tanah fasiliti.
Toyota walau bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang perincian berhubung transaksi tersebut.
Kilang St Petersburg telah menjadi lokasi pemasangan model-model seperti Camry dan RAV4, di mana ia telah beroperasi sejak dari tahun 2005 lagi.
Sehingga tahun 2021, kilang tersebut telah berjaya memasang lebih 80,000 unit kenderaan.
Selain Toyota, NAMI juga telah mengambil alih hak milik kilang produksi daripada Renault dan Nissan.
Sumber: Reuters