Menurut NAMX, versi produksi HUV rekaan Pininfarina ini hanya akan muncul menjelang tahun 2025 dengan dua varian yang bakal ditawarkan kepada pasaran.

Varian aras mula merupakan SUV pacuan roda belakang dengan kuasa 296 hp, pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat dan kelajuan tertinggi 200 km/j.
Versi paling berkuasa GTH pula dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda berkuasa 542 hp, pecutan 0-100 km/j 4.5 saat dan kelajuan tertinggi 250 km/j.

Apa yang menariknya pada model NAMX HUV ini adalah sistem tangki hidrogen kekal yang dipadankan dengan enam kapsul hidrogen tambahan yang boleh ditukar ganti, di mana ia menjanjikan jarak gerak sejauh 800 km.
Kapsul tersebut boleh diakses dengan mudah menerusi bukaan pada bahagian belakang, dan rekaan yang hampir sama seperti bateri mudah alih yang terdapat pada skuter elektrik masa kini.

Syarikat pemula itu juga berjanji akan membangunkan jaringan pengedaran bagi membolehkan para pengguna menukar ganti kapsul hidrogen itu dengan lebih mudah dan cepat.
Sumber: Carscoops