Nanta - Faktor geometrik, ‘smart lane’ di Lebuhraya KL-Karak tidak sesuai dilaksana

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pelaksanaan ‘smart lane’ tidak dapat dilakukan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kerana kelebaran bahu jalan dan faktor geometrik yang tidak bersesesuaian.

Bagaimanapun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad menyediakan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menyelesaikan isu kesesakan di laluan itu, terutamanya pada hujung minggu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

“Smart lane merujuk kepada penggunaan bahu jalan raya atau lorong kecemasan secara terkawal untuk dijadikan sebagai lorong tambahan untuk menambah kapasiti lebuhraya bagi menyuraikan trafik semasa kesesakan atau kemalangan.

“Aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum smart lane itu dibenarkan untuk diaktifkan di mana-mana bahagian lebuhraya adalah kelebaran bahu jalan sedia ada dan faktor geometrik jajaran lebuhraya itu.

“Smart lane tidak dapat dilaksana di KLK kerana kelebaran bahu jalan atau lorong kecemasan yang tidak mencukupi untuk dilalui kenderaan kerana berselekoh dan berbukit di lebuhraya berkenaan,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Dewan Negara, pada Selasa.

Penjelasan itu bagi menjawab soalan sekiranya kerajaan bercadang mengadakan smart lane di KLK bagi mengurangkan kesesakan terutamanya pada hujung minggu, menghala ke ibu kota.

“Untuk mengatasi isu kesesakan di KLK ini, antara tindakan jangka pendek dan sederhana yang telah dilaksanakan ialah penyaluran lorong atau ‘lane channelization’ di beberapa lokasi di sepanjang lebuhraya antara KM 64.3 berdekatan jalan susur persimpangan Mempaga, Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan pusingan-U di MRSM Bentong dan jalan susur ke Genting Highland, bagi mengurangkan konflik dan melancarkan trafik.”

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bagi Fasa 1B pula, baki 19 pakej kerja sedang dilaksanakan dengan status kemajuan semasa 3.06…
Informasi
Turut dimeterai, perjanjian bagi kerja-kerja naik taraf jambatan sedia ada yang menghubungkan dua…
Berita Domestik
"Kenderaan berat satu punca yang jelas merosakkan jalan...Sebab itu ada had muatan, namun masih ada…