Nanta - Kos garisan jalan 'glow in the dark' hampir 20 kali ganda lebih tinggi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengaku ada keperluan untuk memasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau 'glow in the dark' di Lebuh Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), namun ia membabitkan kos amat mahal hingga hampir 20 kali ganda berbanding kaedah konvensional yang digunakan ketika ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya memang sudah melakukan kajian berhubung perkara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Saya sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan bercahaya dalam gelap) nampak bagus, selain maklum balas daripada pengguna juga positif.

"Namun, kosnya sangat mahal berbanding kaedah yang kita gunakan sekarang. Kos pemasangan garisan jalan bercahaya dalam gelap adalah RM749 bagi setiap meter persegi berbanding kaedah konvensional menggunakan cat yang hanya RM40 bagi setiap meter persegi," katanya pada sidang media selepas melawat Jalan Dabong-Jeli, pada Sabtu lalu.

Justeru, Alexander menjelaskan, pihaknya perlu melakukan kajian lanjut secara menyeluruh terlebih dahulu, selain meneliti dari aspek kewangan.

"Memang ada keperluan di lebuh raya berkenaan, namun perlu melihat dari segi kewangan juga.

"Jika menggunakan kaedah yang memerlukan kos tinggi, mungkin hanya boleh membabitkan jarak yang dekat dan ia masih mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan garisan jalan bercahaya dalam gelap yang pertama di negara ini adalah di Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat.

Projek perintis dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat itu membolehkan pemanduan menjadi lebih selamat dengan bantuan pantulan cahaya pada pembahagi jalan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, buat masa ini, garisan…
Informasi
Beliau berkata jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan…
Informasi
Mohd Sany berkata, teknologi menghasilkan pantulan cahaya daripada lampu kenderaan itu merupakan…