NASA lakukan percubaan kedua pelancaran roket Bulan Sabtu ini

oleh SALINA JALIL|
gambar dari AP
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menyasarkan untuk melakukan percubaan kedua Sabtu ini untuk melancarkan roket Bulan menerusi Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) baharunya.


Pegawai agensi itu berkata, jadual baharu itu dikeluarkan lima hari selepas ia dibatalkan ekoran isu teknikal yang menggagalkan percubaannya Isnin lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pelancaran itu menggunakan roket SLS setinggi 32 tingkat yang dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, bagi menguji kapsul Orionnya pada penerbangan ujian enam minggu tanpa kru mengelilingi bulan dan kembali ke Bumi.

 

Pelancaran yang ditunggu-tunggu itu akan memulakan program Moon-to-Mars Artemis agensi angkasa Amerika Syarikat (AS), yang diadakan 50 tahun selepas angkasawan Apollo 17 kali terakhir menjejakkan kaki di bulan.

 

Pelancaran pertama SLS-Orion, misi yang digelar Artemis I, bertujuan meletakkan pesawat seberat 5.75 juta paun itu melalui rentaknya dalam demontrasi penerbangan untuk menolak had reka bentuknya, sebelum NASA menganggapnya cukup diyakini untuk membawa angkasawan.

 

Ketika taklimat semalam, pegawai NASA berkata mereka berharap isu itu dapat diselesaikan tepat pada masanya untuk percubaan semula Sabtu ini.

 

 

 

- REUTERS