Nasib malang, Mitsubishi Evo IX FQ-320 2006 'total lost' tak sampai 24 jam!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki berusia 27 tahun terpaksa berputih mata apabila Mitsubishi Lancer Evolution IX FQ-320 yang baharu sahaja dimenanginya disahkan rosak teruk akibat kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa hari yang lalu, Dream Car Giveaways di UK telah menganjurkan acara cabutan bertuah berupa sebuah Mitsubishi Lancer Evo IX berwarna merah dengan jarak perbatuan 112,654 km.

Bagi mereka yang meminati dan menggemari kereta-kereta prestasi tinggi dari Jepun, memiliki sebuah Evolution ori sudah pasti satu kegembiraan yang sukar dilupakan, apatah lagi ketika memandunya buat kali pertama.

 


Namun malangnya tidak sampai 24 jam jentera itu berada di dalam tangan, Lancer Evo merah itu diberitakan mengalami kemalangan di Cardiff Road, 144 km dari tempat lelaki itu mengambil Evo IX yang dimenanginya.

Kejadian tersebut menyaksikan bahagian depan dan belakang sedan pacuan semua roda itu rosak teruk dan Mitsubishi Evo IX tersebut disahkan 'total lost'.

Mujur pemilik Evo tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun kami yakin dan pasti perasaan beliau tercalar teruk melihatkan kepada kondisi kereta yang baru dimenanginya itu.

 

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi mempunyai warisan sejarah kereta berprestasi tinggi yang sangat disegani, jika anda…