Naza Automania V2 Kembali! Sambutan 50 Tahun Naza dengan Tawaran Hebat!

oleh Firdaus Razani|
Naza Group akan meraikan ulang tahun ke-50 mereka dengan penganjuran Naza Automania Volume 2 dari 23 hingga 25 Mei 2025 di Naza Automall PJ.

Edisi kali ini menjanjikan pengalaman penuh gaya, aktiviti keluarga, serta tawaran eksklusif ke atas kenderaan premium dan motosikal berprestasi tinggi.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Antara tawaran menarik sepanjang tiga hari acara ini adalah seperti berikut:

  • Mercedes-Benz terpakai dengan nilai hebat
  • Maserati bermula dari RM590,000 (unit demo serendah RM480,000)
  • Tawaran tukar beli untuk naik taraf ke Maserati baharu
  • Ducati bermula RM53,600, disertai promosi sehingga 70% diskaun untuk pakaian dan aksesori terpilih
  • Toyota Vellfire dari RM170,000
  • Suzuki Jimny – tawaran eksklusif untuk 50 tempahan pertama dan demo unit terhad

 

naza

 

Selain daripada promosi jualan, Naza Automania Volume 2 turut menyediakan pelbagai aktivit menarik untuk seisi keluarga:

  • Sesi pandu uji model terpilih
  • Pameran barisan terbaru Ducati
  • Ruang gaya hidup dengan barangan Ducati dan jenama rakan kongsi
  • Zon kanak-kanak, permainan, dan hadiah percuma

Acara ini terbuka kepada semua dengan kemasukan percuma.

Lokasi: Naza Automall, Petaling Jaya
Tarikh: 23 – 25 Mei 2025
Masa: 10:00 pagi – 6:00 petang setiap hari

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti @NazaAutomall di media sosial atau layari www.naza.com.my

 

naza