Naza Italia bawa pengunjung nikmati 'Universe of Ferrari'

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 10-12 Disember yang lalu, Naza Italia selaku pengimport dan pengedar rasmi supercar berjenama Ferrari telah menjemput para pelanggan dan prospek untuk mengalami alam Ferrari yang serba unik, bertempat di pusat pameran Ferrari Malaysia, Petaling Jaya.

Acara ini menawarkan pengalaman Ferrari yang mengasyikkan, selain memperlihatkan pelbagai teknologi inovatif yang mampu mendekatkan diri dengan jenama Prancing Horse itu.

Terdapat enam zon eksplorasi yang berbeza disediakan, lengkap dengan tablet dan perkakasan realiti terimbuh (AR) yang membolehkan para pelanggan mengetahui barisan model Prancing Horse yang boleh didapati di seluruh dunia.
 

Ferrari


Selain daripada model jentera lumba Ferrari 488 Challenge Evo, pelanggan juga berpeluang untuk melihat barisan model yang dibawa masuk seperti Ferrari SF90 Spider, Portofino M, dan Roma.

Zon Atelier pula membolehkan pengunjung berpeluang merasai sendiri bagaimana pengalaman menyesuaikan spesifikasi Ferrari mengikut kehendak peribadi.

Di ruang komuniti, pengunjung didedahkan dengan 360 Factoy Experience yang membawakan paparan eksklusif kilang Maranello, penggunaan aplikasi MyFerrari, serta mendedahkan acara-acara eksklusif seperti Corse Clienti, Passione Ferrari, Esperienza Ferrari dan Calvacade.
 

Ferrari


Ruang di tingkat atas pula menyediakan pameran Ferrari Approved, sebuah program kenderaan pra-milik lengkap dengan pemeriksaan menyeluruh 190 mata oleh juruteknik bertauliah bagi menjamin keyakinan pelanggan.

Selain pameran kereta-kereta Ferrari Approved, terdapat juga pameran aksesori Ferrari Genuine (In-Range dan Out-of-Range), program penyelenggaraan Genuine Mantenance, MainPower, dan Ferrari Premium.
 

F355


Sebuah model klasik Ferrari turut dipamerkan, di mana pengunjung boleh mempelajari berkenaan Officina Classiche, divisyen pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta klasik Ferrari.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Secara asasnya, Ferrari 296 GTS membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model 296 GTB, di…
Pelancaran
Dengan kehadiran model Maserati MC20 (MC - Maserati Corse, 20 - 2020, tahun pelancaran model ini…
Model Terbaharu
  Maserati Grecale GT   Grecale dibangunkan di Makmal Inovasi Maserati di Modena dan…