Naza Kia Red Cube Petaling Jaya ditutup?

oleh SALINA JALIL|
Menurut laporan dari laman web DSF, bilik pameran dan pusat servis 3S terkemuka, Naza Kia Motor Petaling Jaya Red Cube yang telah menjadi mercu tanda sejak dibuka pada tahun 2011 telah ditutup dan akan diambil alih oleh jenama automotif yang belum dapat dipastikan lagi.

 

Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada bulan Mac 2014 pula perasmian cawangan Red Cube ketiga di Kawasan Perindustrian Semambu Kuantan. Pusat Kuantan Red Cube 3S yang terletak di kawasan seluas 49,213 kaki persegi yang mempunyai 14 ruang servis dan mampu menampung sehingga 35 kereta sehari.

 


Majlis perasmian Red Cube yang terakhir adalah di Rawang yang dikenali sebagai Kia Red Cuba Rawang 4S dengan pelaburan sehingga RM5 juta, walau bagaimanapun cawangan ini juga telah ditutup baru-baru ini.

 


Pada 11 September 2020 lalu, dalam satu pengumuman siaran media untuk tempahan SUV Kia Seltos, Naza Kia Motor Petaling Jaya Red Cube tersenarai sebagai salah satu pengedar Naza Kia di mana orang ramai masih boleh mengunjungi serta membuat tempahan di bilik pameran ini.  

 


Bilik pameran Kia Red Cube adalah merupakan konsep yang dicipta oleh Kia Motors Korea untuk menyerlahkan identiti jenama Kia serta memberikan pengalaman yang lebih profesional serta keselesaan kepada pelanggan ketika mereka mengunjungi bilik pameran atau semasa kenderaan pelanggan diselenggara.

 


Malaysia adalah negara kedua selepas Korea Selatan yang mengadaptasi identiti bilik pameran Red Cube, diikuti oleh China, Mexico, England, Kanada dan terbaharu di India.

 


- Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Naza Kia Malaysia sendiri - 

 

 

DSF

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, pihak Naza Kia juga turut membuka tempahan bagi rakyat Malaysia yang berminat…