Naza Premira lancar Vespa GTS 300 dan Sprint 150 Edisi Notte - harga bermula dari RM17,700

oleh Mohamad Hanif|
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd kini tampil dengan dua buah model skuter baharu Edisi Notte. 

Notte dalam bahasa Itali membawakan maksud Malam, dan ia terdapat di dalam dua model, iaitu Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS. 
 


Sesuai dengan tema malam yang dibawakan, kedua-dua versi Notte ini tampil dengan layangan warna hitam opaque, diselangi dengan elemen hitam berkilat pada bahagian cermin sisi, kemasan hadapan berbentuk tali leher, penghujung handlebar, dan tempat meletak kaki yang boleh dilipat. 

Bagi membezakan antara model standard dan versi Notte, ia turut didatangkan dengan tempat duduk yang direka khas, rim berwarna hitam berkilat dan muffler guard. 
 


Vespa Notte GTS Super 300 ABS menggunakan enjin yang mampu menghasilkan 15.6 kW dan tork maksimum 22 Nm pada putaran enjin 5,000 rpm.

Notte GTS Super 300 ABS hadir dengan sistem brek ABS dua hala dan sistem ASR bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin di atas jalan raya yang serba sibuk.

 


Manakala Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS pula datang dengan enjin 150 cc yang mampu menjana 9.5 kW dan daya kilas 12.8 Nm pada 6,500 rpm, memberikan pecutan yang bertenaga pada badan skuter yang ringan ini. 


 


Harga jualan bagi kedua-dua model ini bermula dari RM17,700 untuk model Notte Sprint 150 i-Get ABS dan RM29,000 untuk model Notte GTS Super 300 ABS. 

Ia boleh didapati di kesemua pengedar dan outlet Vespa di seluruh negara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengerusi Eksekutif dan CEO Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, "kami mengucapkan…
Pelancaran
Sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya hidup yang tersendiri dan unik, skuter Vespa…