Menurut Pengerusi Eksekutif dan CEO Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, "kami mengucapkan terima kasih kepada Piaggio Group atas kerjasama selama sembilan tahun, dan mendoakan yang terbaik untuk rakan baharu mereka.
"Kami akan terus fokus dalam memperkukuhkan lagi perniagaan utama kami, terutama di dalam pembuatan automotif dan operasi pengedaran, melihatkan kepada dinamik perniagaan yang sentiasa berevolusi.
"Lebih penting, kami harus kekal bersaing dan relevan di dalam pasaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak pengguna," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Naza Premira akan meneruskan khidmat selepas jualan kepada para pelanggan Vespa termasuklah servis motosikal, alat ganti, serta tuntutan waranti sehingga 31 Disember 2019 ini.