Negara EU setuju laksana larangan jual kenderaan berenjin 2035

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun berdepan dengan tentangan, parlimen Kesatuan Eropah akhirnya bersetuju untuk mengurangkan pelepasan emisi CO2 sehingga 100 peratus untuk semua kenderaan baharu menjelang tahun 2035.

Malah, menjelang tahun 2030 kadar pelepasan emisi CO2 sepatutnya dikurangkan sebanyak 55 peratus untuk kereta baharu dan 50 peratus untuk van baharu.

Bermula tahun 2035, kesemua kenderaan baharu yang dijual di Kesatuan Eropah seharusnya mempunyai trenkuasa sifar emisi, dan ini bermakna kenderaan berenjin pembakaran dalaman termasuk hibrid dan plug-in hybrid tidak lagi dibenarkan untuk dijual.

Pengeluar berskala kecil seperti Ferrari dan Lamborghini akan dikecualikan daripada peraturan pengurangan emisi sementara, namun mereka masih lagi perlu mematuhi sasaran sifar emisi menjelang akhir 2035.

Menjelang tahun 2030, Eropah membuat keputusan untuk menamatkan program insentif untuk kenderaan emisi rendah dan sifar emisi.

Beberapa hari yang lalu, lima negara EU iaitu Bulgaria, Itali, Portugis, Romania dan Slovakia dilapor membuat permohonan alternatif untuk melanjutkan larangan penjualan kenderaan ICE ke tahun 2040 sebelum negara-negara tersebut mencapai persetujuan untuk mengikut perancangan asal.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Siatan oleh EU itu mendapati bahawa kerajaan China sebenarnya memberikan subsidi untuk hampir…
Berita Global
Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan…
Berita Global
Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara…